Sunday, May 15, 2011

a point to start

Blog ??
Apa maksudnya pada aku?
Apa gunanya aku bergiat aktif dalam benda ni?
Apa kegunaanya kepada aku?
Kenapala ramai orang minat bendaalah ni?

Begitu banyak sekali pertanyaan yang muncul dalam benak fikiran aku setiap kali kalam ini berbicara mengenai topik ini sehinggakan akhirnya naluri kemanusiaan aku mula mempelopori segala persoalan yang selama ini aku nafikan.."Aku tidak mahu menjadi seorang yang ketinggalan, jadi aku kena menyelidik tentang fenomena IT ini", bisik naluri aku. Aku rasakan kata-kata inilah yang selalu menghasut aku menuju ke suatu jalan yang aku sendiri belum pasti arah tujunya..

Aku belum pasti adakah Blogging ini suatu benda yang berguna mahupun merupakan suatu medium yang sesuai untuk berkata-kata ataupun menjadi suatu alat yang melalaikan.Terdapat banyak contoh-contoh yang aku lihat orang gunakan benda ini.Ada yang famous dengan menggunakan benda ini, dan ada yg gunakan untuk menegakkan keadilan tapi janganlah menggunakan pencapaian ini sebagai suatu alat untuk menjatuhkan sesama insan mahupun mengutuk sesama bangsa.

Apapun kata orang terhadap blog ini, kata hati aku mengajar aku mesti mencuba walaupun aku belum pasti akan kesannya kerana prinsip aku mengatakan kita layak untuk mengutuk dan memuji sesuatu kita harus mencubanya kerana dari situlah kita mampu membuat penilaian..

Apa kesan nya terhadap aku??
Peduli apa aku dengan kesannya AT LEAST I TRY..